Saturday, March 9, 2019

KISAH-KISAH YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN BERKAITAN SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN



SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURTERAAN

JELASKAN KISAH-KISAH YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN BERKAITAN SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

NAMA AHLI;
1.WAN MUHAMMAD HARIS ZAFRY BIN WAN MOHD ZAKI(12DEE18F1028)
2.MUHAMMAD AMIR AMIR AIMAN BIN ROSMAN(12DEE18F1005)


PENGENALAN




Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa alam mini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.















BIDANG SAINS

Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang diciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada dilangit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat.Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud :
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa
Allah memudahkan untuk kemudahan mu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan batin.
”(Surah Luqman: 20)


PERANAN YANG DIMAINKAN AL QURAN TELAH MENYUMBANG KEMAJUAN DALAM BEBERAPA PERKARA DALAM BIDANG SAINS, ANTARANYA :

Ø Penemuan khasiat minyak zaitun yang terdapat di dalam sebuah hadis daripada Abdullah Bin Umar yang menyebut bahawa rasullah S.W.T “bersabda makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat.”Selain itu minyak zaiton berperanan menambah zat makanan , mencuci dan membaik pulih perut , membantu sedikit sebanyak pesakit gestrik dan mereka yang mengalami masalah buat pinggan.
Ø Di dalam al-Quran juga menerangkan penciptaan manusia daripada air :Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air,lalu dijadikannya (mempunyai) keturunan dan musaharah dan Tuhanmu adalah Maha Kuasa sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya ).
[Al-Furqan, 54]


SAINS DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

1.   Daripada perkataan Inggeris  iaituscience. Juga berasal daripada perkataan       
      scio, scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan.
2.  Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized knowledge in   
     any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable
     sense experience.”

3.  Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara  
     sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara   
     objektif.

4.  Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses  
     cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman   
     yang lahir daripadanya.     

5.  Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i atau   
     alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah   
     yang dapat diukur (kuantitatif).

6.  Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i atau
     alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah  
     yang dapat diukur (kuantitatif).

7.  Kajian yang rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu,
     intuisi, emosi dan perkara-perkara agama.



PERANAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
      Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta Alam.
                      i.        Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap kajian ke arah satu kepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.

                    ii.        Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta.Firman Allah swt  dalam Surah ‘Ali ‘imran  yang bermaksud:
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”.  
(Surah ‘Ali ‘Imran : 190)

             iii.      Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sains hendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagi tujuan kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.

              iv.      Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT, sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh daripada Allah SWT.
 v.      Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia tentang keagungan Allah swt melalui kecanggihan ciptaan manusia, Sementera teknologi dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk kepentingan diri.



3.2       Membantu Manusia Supaya Bertafakkur.
                      i.        Penyelidikan sains teknologi dalam Islam  akan membawa seseorang kepada sifat-sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.

                    ii.        Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah iaitu :
Maksudnya :
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan”
(Surah Al-Baqarah : 164)



3.3       Membantu Pelaksanaan Syariat
                      i.        Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam.

                    ii.        Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka.

                   iii.        Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.



3.4       Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan akan sesuatu perkara.
                      i.        Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awal puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.
                    ii.        Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu perubahan cuaca.



KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TERHADAP UMAT ISLAM.
Bidang / Aspek
Kebaikan
Keburukan
Pertahanan
                  i.        Mampu melindungi negara dari serangan musuh-musuh. Contohnya dengan penciptaan senjata dan kelengkapan perang.
          i.        Membawa kepada kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar, dan juga nyawa yang terkorban.
           ii.      Menyebabkan rusuhan berlaku
          iii.    Menyebabkan tamakkan kuasa berlaku.
Teknologi maklumat
       i.        Membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah.
      ii.        Jalan dakwah terbuka luas (alternatif medan dakwah)
           iii.        Maklumat dapat dicapai dengan pantas dan dapat berhubung antara satu sama lain tanpa sempadan.
         i.        Muda mudi terpengaruh dengan kelebihan teknologi ini.
            ii.        Teknologi mengabaikan nilai-nilai murni.
       iii.        Berlakunya pencerobahan maklumat ‘penggodam’ .
       iv.        Pengubahsuaian terhadap sesuatu fakta atau gambar akan berlaku.
       v.        Berlakunya kegiatan seks melalui internet sahaja.
Bio-teknologi 
          i.        Mampu menghasilkan makanan ubah suaian genetik (Genetically Modified Food)  yang mempunyai cirri-ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu.
         ii.        Teknik dan teknologi pertanian mengalami transformasi.
     iii.        Membantu meningkatkan produktiviti.
         iv.        Membantu dalam penghasilan baka, benih, dan racun dalam sektor pertanian.
         i.        Sumber genetik yang digunakan untuk mengubah suaian makanan mengandungi bahan yang dilarang dalam syarak.
           ii.        GMF memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing yang tidak diketahui kesan buruknya.
Pengklonan
         i.        Memberi pengetahuan baru kepada manusia.
       i.        Disalahgunakan oleh pihak tertentu.
       ii.        Menyimpang dari landasan agama yang sebenar kerana menyalahi apa yang telah Allah ciptakan mengikut fitrah.
Perubatan (Stem Cell)
      i.        Banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit.

          i.        Penggunaan “embryonic stem cell” bakal disalahgunakan juga untuk kegunaan pengklonan manusia.
Teknologi laser
v  Menggantikan peranan kabel dengan fiber optik untuk bidang komunikasi dan perindustrian.
v  Maklumat yang dihantar adalah lebih cepat dan tepat serta meminimumkan kehilangan data.
         i.        Penyelewengan penggunaan akan berlaku.
          ii.        Mudah diubahsuai oleh mereka yang mahir dan pakar.







Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Nabi Sebelum Ini 
Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nabi terdahulu dan umat-umat sebelum ini.Tujuan Allah menceritakan cerita-cerita tersebut adalah sebagai pedoman dan panduan kepada manusia pada hari ini.
Berikut adalah antara kisah yang terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu.



Kisah Nabi
Huraian
Kisah Nabi Adam a.s
               i.      Merupakan nabi dan juga manusia pertama bergelar khalifah Allah swt. Adam dijadikan oleh Allah setelah Allah menjadikan dunia dan Adam tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sehinggalah Allah mengajarnya melalui malaikat Jibril.
Firman Allah yang bermaksud :
          “dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala
nama benda-benda dan gunanya, kemudian
ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman:
Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini
semuanya jika kamu golongan yang benar”.
                                    (al-Baqarah :    
Kisah Nabi Idris a.s
i.         Dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat sahaja yang    
           menceritakan kisah Nabi Idris iaitu dalam Surah Maryam      
           yang bermaksud:
“Dan ceritakanlah (hai Muhammad pada smereka kisah) Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi”
                                                   (Surah Maryam : 56-57)
ii.        Keturunan ke-6 dari Nabi Adam dan orang yang pertama
          menulis menggunakan pena dan mengenakan baju yang       
          berjahit. Bahkan orang yang mula-mula menggunakan kulit
          sebagai pakaian. (Ab. Aziz Ismail, 2008:15)
Kisah Nabi Nuh a.s
Kisah Nabi
               i.      Nabi ke-4 selepas Nabi Adam, Syith dan Nabi Idris a.s.
               ii.      Menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak oleh kaumnya.
         iii.      Akibat keingkaran kaumnya, Allah memerintahkan agar Nabi Nuh membina kapal untuk menyelamatkan diri apabila musim banjir melanda kelak.
              iv.      Beliau juga pakar dalam bidang sains, matematik dan teknologi logam.
Kisah Nabi Ibrahim a.s
             i.      Putera kepada Azar seorang menteri kepada raja Namrud dan seorang ahli bintang.
             ii.      Nabi Ibrahim juga pakar mengenai perjalanan cakerawala di langit.
   Firman Allah dalam Surah al-An’am yang bermaksud :
       “dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-
        tanda keagungan Kami yang terdapat di langit dan di  
       bumi, supaya menjadilah ia daripada orang-orang yang
       penuh yakin”.
Kisah Nabi Daud a.s
          i.      Daud bin Yisya adalah keturunan ke-13 dari Nabi Ibrahim yang tinggal di Baituleham.
          ii.      Allah mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan ilmu pengetahuan serta kesempurnaan ilmu.
             iii.      Antara kepakaran beliau adalah teknologi dalam pembuatan baju besi.
        iv.      Allah mengajar baginda cara-cara membuat baju besi untuk kegunaan peperangan.
             v.      Firman Allah dalam surah al-Anbiya’: 80 yang bermaksud:
           vi.      “Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, dalam peperangan…”
(Surah al-Anbiya:80)
Kisah Nabi Sulaiman a.s
           i.     Allah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman yang sangat memahami semua bahasa termasuklah bahasa haiwan.
           ii.      Nabi Sulaiman juga merupakan Nabi yang mempunyai kerajaan yang banyak termasuklah pemerintahannya meliputi jin yang mana Allah memudahkan golongan itu bekerja dengan Baginda.
             iii.      Allah berfirrman dalam surah Saba’ yang bermaksud:
Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga; dan Kami mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab neraka.
(Surah Saba’: 12)




RUMUSAN


Islam menerima teknologi yang memberi manfaat dan menolak teknologi yang membawa kerosakan. Berdasarkan etika dan prinsip dasar Islam, tujuan utama kepentingan ibadata kepada Allah S.W.T ialah mencari ilmu. Al-Quran menjelaskan dan menunjukkan pentingnya sejarah dan hubungannya dengan kweujudan tamadun manusia berdasarkan aspek sains, teknologi dan kejuruteraan melalui peristiwa serta contoh umat yang terdahulu benar-benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini. Dianggarkan sebnanyak 1000 ayat mengenai kisah-kisah Nabi terdahulu dan Rasul sebelum ini seperti menceritakan hebatnya kerajaan Thamud, Kaum 'Ad, Kaum Madyan dan juga mengenai keingkaran Firaun laknatullah.

                    Mengesahkan bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah S.W.T. Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti. Jadi, segala kisah yang berlaku dalam Al-Quran berkaitan sains, teknologi dan kejuruteraan adalah untuk mengesahkan bahawa Al-Quran adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. Mendidik dan mengajak manusia berfikir. Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk mendidik dan salah satu daripada kaedah untuk mengajak manusia berfikir. Untuk membenarkan janji baik dan janji buruk dari Allah S.W.T. Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan oleh Allah S.W.T adalah perkara yang benar.




  RUJUKAN


>http://elissaziela.blogspot.com/
  • >http://cinderellamok.blogspot.my/2015/04/sains-teknologi-dan-kejuruteraan-dalam.html
  • >http://www.slideshare.net/normurnimohamad/bab-1-sains-teknologi-dan-kejuruteraan-dalam-islam

No comments:

Post a Comment